50 pengusaha tempatan sertai Bazar Amal

50 pengusaha tempatan sertai Bazar Amal

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Siti Nur Wasimah S

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Sebanyak 50 pengusaha tempatan telah menyertai Bazar Amal anjuran Nur Baraqah Event Management yang berlangsung di Dewan Muhibah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, selama tiga hari hingga hari ini.

Dalam tinjauan media ke bazar amal itu, ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan pada harga yang istimewa.

Semasa temu bual media dengan Pengurus Nur Baraqah Event Management, Dayang Noordiana binti Haji Azeni menjelaskan, bazar amal ini merupakan kali keempat dianjurkan oleh mereka dan ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dan juga daripada peniaga tempatan.

“Sebanyak 30 peratus daripada sewa petak di bazar ini akan disumbangkan kepada golongan yang memerlukan dengan menyumbangkan barangan berupa makanan asasi dan bantuan kewangan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, bazar amal ini antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada pengusaha dan peniaga tempatan mempromosi barang dan produk mereka ke pasaran dalam negara di samping berniaga sambil beramal dalam usaha membantu orang-orang yang memerlukan.

Salah sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis aneka makanan di bazar amal tersebut.
Salah sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis aneka makanan di bazar amal tersebut.
Beberapa buah gerai yang menjual pakaian dan aksesori khusus bagi pengunjung wanita.
Beberapa buah gerai yang menjual pakaian dan aksesori khusus bagi pengunjung wanita.

pg13_151001_e

Beliau seterusnya menambah, Nur Baraqah Event Management di masa akan datang akan memperbanyakkan lagi projek amal dan pada peringkat yang lebih luas lagi dengan menjemput peniaga tempatan dan luar negara.

Dengan adanya bazar amal ini, jelasnya, ia bukan sahaja dapat membantu peniaga kecil-kecilan untuk mempromosi produk mereka tetapi juga membantu golongan yang memerlukan dalam meneruskan kehidupan mereka dengan lebih selesa.

Di samping bazar amal yang bermula pada 28 September lalu itu, beberapa aktiviti sampingan turut diadakan bagi penyertaan orang ramai.

ARTIKEL YANG SAMA