50 peratus untuk semua hidangan Villa Mauri

50 peratus untuk semua hidangan Villa Mauri

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept – Villa Mauri memperkenalkan kempen promosi terbarunya iaitu diskaun sebanyak 50 peratus untuk kesemua hidangan yang ada di dalam menunya.

Pemilik dan Cef Villa Mauri, Mauritzo Intrigila berkata, pihaknya sentiasa berusaha menghasilkan cita rasa inovatif bagi memikat hati pelanggan tetap atau yang baru.

Menurutnya, kempen promosi ini akan bermula pada 12 September hingga 2 Oktober 2016, dengan para pelanggan yang menjamu selera di Villa Mauri akan diberikan diskaun sebanyak 50 peratus, ini tidak termasuk minuman, manakala itu makanan bawa balik pula akan dikenakan bayaran sebanyak 10 peratus.

Beliau berkata, Villa Mauri mempunyai lebih 70 jenis makanan, dan kini orang ramai dan pelanggan tetap boleh menikmati makanan kegemaran mereka pada separuh harga.

Cef Mauritzo menjelaskan mengenai kempen diskaun 50 peratus kesemua hidangan di Villa Mauri.
Cef Mauritzo menjelaskan mengenai kempen diskaun 50 peratus kesemua hidangan di Villa Mauri.