50 peserta sertai Mini Dualthlon Fun Race LMCT

50 peserta sertai Mini Dualthlon Fun Race LMCT

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Sekitar 50 penunggang basikal berkumpulan telah menyertai Mini Dualthlon Fun Race LMCT yang berlangsung di jalan berhampiran Kementerian Hal Ehwal Ugama, Berakas, hari ini.

Semasa acara amal tersebut, para peserta melalui dua jenis perlumbaan iaitu larian sejauh lima kilometer dan berbasikal sejauh 25 kilometer yang telah dibahagikan kepada empat ketegori.

Bagi Kategori Dualthlon RB, tampil juara adalah Radzi Tamat diikuti oleh Haji Masrody bin Haji Asli di tempat kedua dan berada di tempat ketiga adalah Andrew Mikha B. Sianong.

Manakala dalam Kategori Dualthon MTB pula, juara telah disandang oleh Araffin bin Haji Momin dengan dicabar rapat oleh Ali Mustapha bin Haji Abdul Hamid yang berada di tempat kedua, sementara tampil tempat ketiga adalah Mohd Shahrom Ayub bin Haji Yakob.

Gambar ramai pemenang Mini Dualthlon Fun Race LMCT.
Gambar ramai pemenang Mini Dualthlon Fun Race LMCT.

Amirnorshah Haji Jamin tampil juara dalam Kategori Dualthlon Fatbike apabila berjaya meninggalkan saingan terdekatnya iaitu Haji Sofian bin Haji Tjani yang terpaksa akur di tempat kedua dan tampil di tempat ketiga dalam kategori ini adalah Hazwan bin Haji Abu Bakar.

Pada kategori terakhir iaitu Dualthon Veteran pula menyaksikan peserta dari Thailand, PadSakorn Sagan tampil juara menewaskan pencabar rapatnya Simon Lynch yang tampil di tempat kedua diikuti oleh Haji Ismail Pauzi.

 

ARTIKEL YANG SAMA