50 Pikachu sertai perarakan tahunan

50 Pikachu sertai perarakan tahunan

YOKOHAMA, Jepun, 7 Ogos – Beratus-ratus peminat Pokemon Go berkumpul di Yokohama, barat daya Tokyo, hari ini untuk menyertai perarakan tahunan Pikachu sebagai fenomena global yang semakin meningkat kepopularannya.

Kira-kira 50 karakter Pikachu sebesar saiz sebenar, yang paling terkenal dari permainan Pokemon, berarak di sepanjang jalan dermaga bandar tersebut ketika para pengunjung mengambil gambar dan video mereka semasa panas terik matahari.

Beberapa peserta berkata mereka menghadiri acara itu untuk mencari karakter luar biasa Pokemon – satu perkataan pendek bagi ‘pocket monster’ – bagi aplikasi telefon pintar yang menarik perhatian terkini, yang telah dilancarkan bulan lalu secara global.

“Saya datang dari jauh semata-mata untuk ke Yokohama, berharap mencari pelbagai jenis karakter Pokemon,” kata Teruko Fujisawa, seorang wanita berusia 45 tahun yang bekerja di sebuah rumah perdagangan.

Para peserta berpakaian seperti Pikachu, karakter animasi Pokemon, ketika menyertai perarakan Pikachu di Yokohama pada 7 Ogos. – AFP
Para peserta berpakaian seperti Pikachu, karakter animasi Pokemon, ketika menyertai perarakan Pikachu di Yokohama pada 7 Ogos. – AFP

Acara itu tidak ada kaitan langsung dengan aplikasi tersebut, kata penganjur.

Sejak ia dilancarkan secara global, Pokemon Go telah mencetuskan kegilaan seluruh dunia dalam kalangan pengguna yang telah keluar ke jalan-jalan bersama telefon pintar mereka.

Aplikasi percuma menggunakan lokasi satelit, keupayaan grafik dan kamera untuk melapisi hantu kartun pada latar dunia sebenar, mencabar para pemain untuk menangkap dan melatih makhluk bagi bertempur.

Pokemon sudah popular di Jepun sejak pertama kali dilancarkan sebagai perisian pada 1996 bagi konsol Game Boy ikonik Nintendo. – AFP