50 rumah musnah akibat kebakaran

50 rumah musnah akibat kebakaran

KOTA KINABALU, 15 Jun (Bernama) – Kira-kira 50 buah rumah musnah dalam kebakaran awal pagi tadi di Kampung Pondo, Pulau Gaya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendi K.

Ramin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7.07 pagi.

“Anggaran awal rumah yang terlibat adalah 50 buah buat ketika ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata operasi memadam api sedang dijalankan bersama 20 anggota daripada Balai Bomba Kota Kinabalu termasuk sebuah bot bomba dan tiga bot Pasukan Gerakan Marin.