50 sertai kursus Fiqh Al Munakahat

50 sertai kursus Fiqh Al Munakahat

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Seramai 50 peserta yang terdiri daripada penduduk kampung, ahli persatuan dan peserta persendirian di Daerah Brunei dan Muara telah mengikuti Kursus Ta’lim anjuran Pusat Dakwah Islamiah (PDI) di Bangunan Darul Huda, PDI, hari ini.

Kursus berkaitan Fiqh Al-Munakahat yang berlangsung selama empat hari itu, telah disampaikan oleh tenaga penceramah, Drs Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.

Antara kandungan yang disampaikan sepanjang kursus itu termasuklah mengenai dengan lamaran atau meminang, perkahwinan menurut Islam, perceraian, iddah dan ruju’.

Objektif kursus ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan kefahaman mengenai perkara-perkara yang berhubung kait dengan bab Al-Munakahat, dan kewajipan dalam perkahwinan.

Drs Haji Ismuhadi ketika menyampaikan kursus berkaitan Fiqh Al-Munakahat kepada peserta kursus dari Daerah Brunei dan Muara.
Drs Haji Ismuhadi ketika menyampaikan kursus berkaitan Fiqh Al-Munakahat kepada peserta kursus dari Daerah Brunei dan Muara.

Selain itu, ia juga merupakan salah satu usaha PDI secara terus menerus dalam memberi kefahaman, mengkaji pengetahuan yang ada dan meningkatkan lagi kefahaman agar ia dapat diamalkan dalam kehidupan serta menghayati ajaran Islam dengan penuh keyakinan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

ARTIKEL YANG SAMA