50 warga emas bertahlil di Kubah Makam Diraja

50 warga emas bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Nov – Kira-kira 50 warga emas dari Pusat Kegiatan Warga Emas, Lambak Kanan hari ini telah mengadakan Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yasin di Kubah Makam Diraja sempena Memperingati 60 tahun Warga Emas Menerima Pencen sejak ia diperkenankan oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.

Bacaan Tahlil bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, itu telah dipimpin oleh salah seorang ahli dari pusat berkenaan, Haji Rosli bin Bol Aji.

Antara tujuan majlis berkenaan adalah untuk menerapkan sifat taat dan hormat kepada pemimpin dan meningkatkan hubungan silaturahim para warga emas.

Antara warga emas yang menyertai Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yasin di Kubah Makam Diraja.
Antara warga emas yang menyertai Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yasin di Kubah Makam Diraja.

ARTIKEL YANG SAMA