50 warga Jabatan Bandaran khatam Al-Quran

50 warga Jabatan Bandaran khatam Al-Quran

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 11 April – Seramai 50 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria telah menyertai Khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Muhammad Jamalul Alam, di sini, hari ini.

Majlis yang merupakan kesinambungan daripada majlis yang diadakan Februari lalu itu dihadiri oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga selaku Ketua Kampung Mumong, Yang Berhormat Haji Mohd Yusof bin Haji Dulamin.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Haji Ali bin Matyassin dan Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Hasmiron bin Haji Mohd Taib.

Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat, diikuti dengan bacaan Takhtim oleh pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Islam Daerah Belait.

Majlis Khatam Al-Quran anjuran Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria berlangsung di Masjid Muhammad Jamalul Alam Kuala Belait.
Majlis Khatam Al-Quran anjuran Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria berlangsung di Masjid Muhammad Jamalul Alam Kuala Belait.
Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, menyampaikan sumbangan Tabung Anak Yatim Daerah Belait kepada Penolong Pegawai Daerah Belait.
Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, menyampaikan sumbangan Tabung Anak Yatim Daerah Belait kepada Penolong Pegawai Daerah Belait.

Majlis juga menyaksikan penyampaian sumbangan Derma Tabung Anak Yatim Daerah Belait yang telah disampaikan oleh Haji Ali kepada Awang Hasmiron yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Tabung Amal Anak-anak Yatim Daerah Belait.

Sumbangan tersebut merupakan hasil daripada kutipan semasa jualan amal yang berlangsung di kawasan Bangunan Tudong Saji Kuala Belait.

Majlis Khatam Al-Quran merupakan antara program keagamaan yang disusun oleh Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria bagi membudayakan membaca Al-Quran sebagai amalan hidup sepanjang hayat.

ARTIKEL YANG SAMA