50 warga PTES derma darah

50 warga PTES derma darah

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – Lebih 50 orang telah menyertai Kempen Derma Darah anjuran Pusat Tingkatan Enam Sengkurong (PTES) melalui Seksyen ‘Outreach Programme and Community Service’, di Dewan PTES, kelmarin.

Kempen yang dibukakan kepada semua pelajar, kakitangan mengajar dan bukan mengajar itu bertujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menderma darah dan seterusnya mempromosikan sifat ‘kekitaan’ dalam kerja-kerja sukarelawan dalam kalangan penderma.

Selain itu, ia juga bertujuan bagi melatih para pelajar untuk membantu mereka yang memerlukan dengan pelbagai cara sekali pun.

Warga PTES menunggu giliran untuk menderma darah.
Warga PTES menunggu giliran untuk menderma darah.

ARTIKEL YANG SAMA