500 bubur lambuk diagihkan

500 bubur lambuk diagihkan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Sebanyak 500 bubur lambuk percuma telah diagih-agihkan kepada orang ramai pada acara amal tahunan Jasra Harissons Sdn Bhd dan Maggi yang berlangsung di Kedai Sri Azlina, hari ini.

Pengagihan bubur lambuk yang memasuki tahun keenam itu bertujuan untuk mempromosikan produk Maggi ‘Secukup Rasa’ kepada orang ramai di negara ini disamping mengamalkan sikap bersedekah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Diadakan dua kali setahun, pengagihan bubur berkenaan telah bermula kelmarin di Payung Kanopi Pasar Gadong dengan kerjasama Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dan seperti tahun-tahun sebelumnya, acara ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Para pekerja yang terdiri daripada kumpulan pekerja Maggi dari Sabah, Nestle Group Jasra Harissons Sdn Bhd yang menyertai pengagihan bubur lambuk di Kedai Sri Azlina.
Para pekerja yang terdiri daripada kumpulan pekerja Maggi dari Sabah, Nestle Group Jasra Harissons Sdn Bhd yang menyertai pengagihan bubur lambuk di Kedai Sri Azlina.

Pada tahun-tahun sebelumnya, pengagihan bubur lambuk telah diadakan di Pasar Gadong dan juga Pusat Membeli-belah Giant, namun pada tahun ini syarikat berkenaan telah mengadakannnya di tempat yang sering dikunjungi orang ramai iaitu di Kedai Sri Azlina, Kampung Manggis.

Kerja-kerja pengagihan itu telah dikendalikan oleh tujuh orang pekerja yang terdiri daripada kumpulan pekerja Maggi dari Sabah, Nestle Group Jasra Harissons Sdn Bhd.