500 buku, 4 set seni khat jawi diwakafkan

500 buku, 4 set seni khat jawi diwakafkan

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 April – Sejumlah 500 buah buku dan empat set seni khat Jawi berbingkai telah diwakafkan oleh Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) kepada Sekolah Ugama (SU) Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Berakas, Brunei IIA.

Mewakili MKM menyerahkan wakaf berkenaan kepada Guru Besar sekolah agama tersebut, Dayang Hajah Jamaliah binti Haji Yassin ialah Naib Yang Di-Pertua MKM, Haji Awang Hasbollah bin Haji Awang Damit.

Menurut Haji Awang Hasbollah, buku-buku agama yang mengandungi pelbagai tajuk termasuk buku cerita pedoman dan sejarah Islam bergambar berkenaan adalah khusus bagi kegunaan perpustakaan baru sekolah agama berkenaan.

Majlis penyerahan buku wakaf berkenaan telah diadakan di Bilik Persidangan, sekolah berkenaan.

Hajah Jamaliah (dua kanan), Haji Hasbollah (tiga kanan) bersama guru dan ahli MKM.
Hajah Jamaliah (dua kanan), Haji Hasbollah (tiga kanan) bersama guru dan ahli MKM.

ARTIKEL YANG SAMA