500 ekor kerbau hilang di Wellington

500 ekor kerbau hilang di Wellington

WELLINGTON, New Zealand, 30 Ogos – Mungkin tidak sekali gus. Itu menurut polis New Zealand yang semalam berkata mereka menyiasat laporan tentang jenayah yang tidak disangka-sangka di sebuah ladang South Island.

Penduduk tempatan berkata mereka tidak pernah mendengar tentang pencurian kerbau dalam jumlah yang besar. Dan ia berlaku di sebuah negara yang memiliki kira-kira 10 juta ekor lembu, lebih dua kali ganda bilangan penduduk.

Penternak yang terlibat merasa terlalu malu untuk bercakap tentang apa yang telah berlaku, menurut seorang rakan, Willy Leferink.

“Dia amat terkejut dan sangat malu,” kata Leferink. “Jika anda memiliki tiga suku dari sejuta dolar yang hilang, anda tidak akan mahu bercakap tentangnya juga.”

Leferink berkata setiap lembu tenusu berharga kira-kira 1,500 dolar New Zealand dan mempunyai berat lebih dari setengah tan. Menurutnya lembu-lembu mungkin telah dicuri dari kawasan 1,300 ekor berhampiran bandar Ashburton antara awal Julai, apabila kali terakhir mereka dihitung dan lewat Ogos.

Menurutnya susu lembu-lembu itu tidak diperah kerana ia musim sejuk, tetapi penternak menyedari lembu-lembu tidak makan seperti biasa. – AP

ARTIKEL YANG SAMA