500 meriahkan hari keluarga Mukim Bokok

500 meriahkan hari keluarga Mukim Bokok

TEMBURONG, 24 Jan – Lebih 500 orang penduduk kampung telah menghadiri Majlis Hari Keluarga Mukim Bokok yang berlangsung di kawasan lapang Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok di RPN Kampung Rataie, Daerah Temburong, hari ini.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh Penasihat Mukim Bokok, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Bokok, Haji Emran bin Haji Sabtu.

Antara pengisian acara sambutan ialah gerai-gerai pameran dan jualan produk 1K1P, Sukan Ria Keluarga dan pelbagai lagi permainan sukan  yang menjurus kepada pengukuhan institusi keluarga itu sendiri.

Hadiah-hadiah kemenangan kepada semua peserta yang berjaya telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.– Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

Tetamu kehormat ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.
Tetamu kehormat ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.
Kanak-kanak turut menceriakan Hari Keluarga Mukim Bokok tersebut.
Kanak-kanak turut menceriakan Hari Keluarga Mukim Bokok tersebut.
Sebahagian acara yang di sertai oleh penduduk kampung.
Sebahagian acara yang di sertai oleh penduduk kampung.

ARTIKEL YANG SAMA