500 pelajar sertai walkaton

500 pelajar sertai walkaton

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 4 Sept – Lebih 500 pelajar Tahun 7 hingga 11 bersama kira-kira 100 orang guru Sekolah Menengah Perdana Wazir (SMPW) telah menyertai Acara Walkaton Bertaja bersempena cuti persekolahan di sini, hari ini.

Acara yang merupakan salah satu aktiviti tahunan sekolah berkenaan bertujuan untuk membuat kutipan derma bagi tabung anak-anak yatim sekolah tersebut. Selain itu, ia juga diadakan untuk meningkatkan semangat suka melakukan kegiatan kesihatan dalam kalangan pelajar dan guru-guru sekolah berkenaan.

Selesai acara walkaton yang dibahagikan kepada kategori lelaki dan perempuan itu, majlis diikuti dengan penyerahan derma bagi tabung anak yatim penyampaian sijil-sijil penghargaan dan cenderahati kepada penaja acara tersebut.

Acara kemuncaknya ialah penyampaian hadiah kepada pengutip tajaan tertinggi mengikut peringkat kelas bagi pelajar dan kutipan tertinggi bagi guru-guru, ahli Persatuan Guru dan Ibu Bapa (PIBG) dan kakitangan sekolah.

Di samping itu, acara berkenaan turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah.

ARTIKEL YANG SAMA