500 penyumbang bantu mangsa kebakaran di TAWAU

500 penyumbang bantu mangsa kebakaran di TAWAU

TAWAU, 17 April (Bernama) – Hampir 500 penyumbang termasuk individu, organisasi, pemimpin setempat dan parti politik di Sabah tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Tanah Merah, Batu 2, Jalan Apas dan Blok 10 Kampung Titingan, sehingga hari ini.

Dalam kejadian pada Rabu lepas, lebih 1,000 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila 183 rumah musnah dalam kebakaran itu.

Sehubungan itu, Anggota Parlimen Tawau Datuk Mary Yap Kain Ching berharap mereka yang berkemampuan untuk terus tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran tersebut bagi meringankan beban ditanggung mereka.

“Sumbangan dan bantuan daripada pelbagai pihak sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mangsa,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa kebakaran di sini hari ini.