500 serah dir...

500 serah diri, capai perjanjian baru di Syria

DAMSYEK, 12 Jan – Kira-kira 500 orang, termasuk 60 pemberontak, dibebaskan daripada dakwaan jenayah selepas menyerah kepada tentera Syria di Lembah Barada di barat laut ibu negara Damsyek, sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicapai semalam di antara tentera dan pemberontak di lokasi strategik itu, lapor agensi berita SANA.

Pembolos tentera dan pengelak adalah antara mereka yang menyerah diri kepada tentera Syria di Barada, apabila kerajaan Syria menjanjikan amnesty kepada kesemua mereka yang meninggalkan kawasan yang dikawal pemberontak ke kawasan yang dikawal oleh kerajaan.

Jumlah berkenaan pastinya meningkat dalam beberapa jam akan datang.

Perjanjian di Barada dicapai untuk mengosongkan kawasan pemberontak, sebahagiannya akan menyerah kepada tentera sementara yang lain akan diberikan jalan keluar selamat dari kawasan tersebut ke wilayah barat laut Idlib, kubu utama pemberontak.

Memetik pegawai yang menyelia Lembah Barada, SANA berkata kawasan tersebut akan bebas daripada pemberontak, sebagai permulaan untuk kemasukan pekerja penyelenggaraan, yang akan mula membaiki mata air Ain Fijeh, sumber air yang membekalkan penduduk Damsyek dengan air minuman.

Warga Syria ketika menuju Lembah Barada, barat laut Damsyik, ibu negara Syria, kelmarin. – Xinhua
Warga Syria ketika menuju Lembah Barada, barat laut Damsyik, ibu negara Syria, kelmarin. – Xinhua

Sebelum itu, SANA berkata kerajaan mencapai satu ‘perjanjian awal’ dengan pemimpin kumpulan pemberontak di Lembah Barada, yang termasuk perdamaian dengan beberapa kumpulan pemberontak, dan pemindahan orang lain dari kawasan tersebut ke Idlib, destinasi semua pemberontak yang mengosongkan kedudukan di seluruh Syria.

Pemberontak perlu menyerah senjata berat mereka kepada tentera Syria, yang akan memasuki kawasan untuk membersihnya daripada periuk api dan alat letupan.

Perjanjian juga termasuk membenarkan pekerja penyelenggara kerajaan untuk memasuki kawasan Barada untuk membaiki mata air Ain Fijeh, kerana air telah diputuskan di Damsyek sejak 23 Disember. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA