5,000 keping risalah kesihatan diagihkan

5,000 keping risalah kesihatan diagihkan

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Seramai 30 orang pemain muda bawah 14 tahun (B-14) Negara Brunei Darussalam telah mengagih-agihkan risalah kesihatan kepada orang ramai di dua gedung membeli belah terkenal di negara ini petang tadi.

Mereka telah mengagih-agihkan sebanyak lima ribu keping risalah kesihatan yang meliputi 11 jenis risalah kesihatan berbeza iaitu 2500 keping di The Mall, Gadong dan 2500 keping lagi di Times Square, Berakas.

Acara itu merupakan Kempen Kesedaran untuk Masyarakat Tempatan NFABD di bawah Kempen Tanggungjawab Korporat AFC bersempena dengan Festival Bolasepak B-14 Serantau AFC 2016 yang akan berlangsung di negara ini pada 26 hingga 30 Julai ini nanti.

Kalangan pemain B-14 Brunei Darussalam ketika mengagihkan risalah kesihatan kepada orang ramai di bawah Kempen Tanggungjawab Korporat AFC dan Kempen Kesedaran untuk Masyarakat Tempatan NFABD.
Kalangan pemain B-14 Brunei Darussalam ketika mengagihkan risalah kesihatan kepada orang ramai di bawah Kempen Tanggungjawab Korporat AFC dan Kempen Kesedaran untuk Masyarakat Tempatan NFABD.
Kempen Kesedaran untuk Masyarakat Tempatan NFABD di bawah Kempen Tanggungjawab Korporat AFC sedang dijalankan oleh pemain B-14 Brunei Darussalam di Times Square.
Kempen Kesedaran untuk Masyarakat Tempatan NFABD di bawah Kempen Tanggungjawab Korporat AFC sedang dijalankan oleh pemain B-14 Brunei Darussalam di Times Square.

ARTIKEL YANG SAMA