50,000 haiwan dijangka dikorban

50,000 haiwan dijangka dikorban

RIYADH, 21 Sept (Arab News) – Dianggarkan 50,000 haiwan dijangka akan dikorbankan di ibu negara sempena Hari Raya Aidiladha pada Khamis.

Terdapat kira-kira tujuh tempat penyembelihan di pelbagai tempat di bandar itu. Majlis Perbandaran Riyadh mengatakan tempat-tempat ini bersedia untuk menerima haiwan korban sempena hari raya korban ini.

Tahun lepas, Majlis Perbandaran telah menyita lebih 25 tempat penyembelihan yang beroperasi secara haram di bawah keadaan yang tidak bersih meskipun kemudahan itu disediakan oleh perbandaran.

Pihak berkuasa telah memberi amaran kepada orang awam yang menawarkan tempat korban di bawah keadaan yang tidak bersih kerana ia boleh terdedah kepada bahaya kesihatan kepada pengguna.

Kira-kira 300 hingga 800 haiwan boleh disembelih dalam masa satu jam di tempat penyembelihan ini, menurut jurucakap perbandaran.

ARTIKEL YANG SAMA