50,000 pekerja dilatih bangun semula Nepal

50,000 pekerja dilatih bangun semula Nepal

KATHMANDU, 15 Julai – Nepal yang dilanda gempa bumi akan melatih 50,000 pekerja untuk membantu menjalankan kerja-kerja pembinaan semula, kata menteri kewangan, program kemajuan kemahiran terbesar dalam sejarah negara tatkala pertumbuhan ekonomi dijangka merosot kepada kadar paling lembap dalam lapan tahun. Negara miskin itu berkata ia memerlukan $6.6 bilion untuk membina semula selepas dua gempa bumi pada April dan Mei membunuh hampir 9,000 orang dalam bencana semula jadi paling teruk negara.

Membentangkan belanjawan tahunan semalam, Menteri Kewangan Ram Sharan Mahat Mahat berkata kerajaan akan melatih berpuluh ribu orang untuk bekerja sebagai tukang kayu, tukang paip, juruelektrik dan tukang batu.

Ia akan membantu menghentikan kekurangan pekerja tatkala berjuta-juta penduduk muda Nepal berkunjung ke Timur Tengah dan negara Asia lain untuk bekerja, terutamanya di tapak pembinaan.

Mahat berkata ekonomi mungkin bertumbuh pada 3 peratus pada tahun fiskal ini, kadar paling rendah sejak 2007.

Pegawai kementerian kewangan berkata pembinaan semula akan membantu merangsang pertumbuhan kepada 6 peratus pada tahun depan.

Kerajaan akan membelanjakan $910 juta pada tahun ini untuk membina semula infrastruktur, bangunan awam, tugu peringatan dan rumah persendirian yang dimusnahkan akibat gempa bumi. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA