52 anggota SPSS dinaikkan pangkat

52 anggota SPSS dinaikkan pangkat

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Nov – Seramai 52 anggota pengawal keselamatan Setia Protective Security Services (SPSS) Sdn Bhd telah menerima kenaikan pangkat menjadi Ketua Pengawal Keselamatan SPSS yang mula berkuat kuasa hari ini.

Sehubungan itu, majlis penyerahan pangkat tersebut telah disempurnakan oleh Pemangku Pengurus Keselamatan SPSS, Haji Abdul Rahim bin Haji Imran yang berlangsung di Kompleks Ibu Pejabat SPSS, di Kampung Jerudong.

SPSS Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Keselamatan yang menyediakan perkhidmatan pengawalan, perlindungan nyawa dan harta benda.

Ia juga menyediakan perunding keselamatan dengan membekalkan pengawal keselamatan jangka pendek dan panjang, dengan kesemua pengawalnya mempunyai latihan profesional dalam bidang masing-masing dan berkebolehan menangani apa jua cabaran keselamatan.

Antara anggota SPSS yang menerima kenaikan pangkat.
Antara anggota SPSS yang menerima kenaikan pangkat.
Haji Abdul Rahim (kiri) menyempurnakan penyampaian angkat kepada salah seorang anggota SPSS.
Haji Abdul Rahim (kiri) menyempurnakan penyampaian angkat kepada salah seorang anggota SPSS.

ARTIKEL YANG SAMA