52 terima sumbangan Kementerian Kesihatan

52 terima sumbangan Kementerian Kesihatan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Seramai 37 orang anak yatim warga Kementerian Kesihatan dan 15 orang pesakit yang kurang berkemampuan di bawah pemantauan Bahagian Kebajikan Perubatan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), hari ini, menerima sumbangan di Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Kesihatan yang berlangsung di Surau Nuurul Inayah, Hospital RIPAS.

Hadir menyampaikan sumbangan daripada warga kementerian berkenaan, pihak persendirian, pihak swasta dan Dana Hospital RIPAS itu ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof selaku tetamu kehormat majlis.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, pegawai tugas-tugas khas, para pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan dan Hospital RIPAS.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan Majlis Khatam yang disertai oleh pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan dan Hospital RIPAS, kemudian diselajurkan dengan bacaan doa arwah dan doa peliharakan sultan serta dikir marhaban.

Majlis antara lain bertujuan bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan, di samping meningkatkan amal ibadat ke arah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Yang Berhormat Pehin Haji Adanan ketika menghadiri Majlis Khatam Al-Quran kementeriannya, di Surau Nuurul Inayah, Hospital RIPAS, kelmarin.
Yang Berhormat Pehin Haji Adanan ketika menghadiri Majlis Khatam Al-Quran kementeriannya, di Surau Nuurul Inayah, Hospital RIPAS, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA