54 maut serangan udara tentera Rusia

54 maut serangan udara tentera Rusia

BEIRUT, 29 Jan – Serangan udara disyaki dilakukan Russia mengorbankan sekurang-kurangnya 54 orang awam di kawasan dikawal pemberontak dan militan di Syria dalam tempoh 24 jam lalu, kata sebuah kumpulan pemantau hari ini.

Pemantau Hak Asasi Syria (SOHR) berkata serangan semalam membunuh 29 orang awam termasuk sembilan wanita dan tiga kanak-kanak di perkampungan dikawal militan IS di wilayah timur Deir Ezzor dan ibu kota wilayahnya.

SOHR berkata, serangan itu mengenai tambahan 15 orang awam termasuk lima adik beradik lelaki di dalam dan sekitar bandar Al-Bab, sebuah kubu IS di wilayah utara Aleppo.

Tambahan 10 lagi orang awam termasuk tujuh kanak-kanak terkorban dalam serangan udara Rusia di Ghanto, sebuah bandar dikawal pemberontak Islam di wilayah tengah Homs.

Tentera Rusia menyokong Presiden Bashar al-Assad membuat kemaraan ketara sejak beberapa bulan lalu dan SOHR berkata hari ini, tentera rejim bergerak sejauh lapan kilometer di dalam Al-Bab.

Ia berkata, ia adalah paling hampir tentera rejim bergerak ke bandar itu, kubuh utama IS di Aleppo sejak tahun 2012.

Al-Bab, terletak 30 kilometres selatan sempadan Turki, jatuh ke tangan pemberontak pada Julai 2012 dan diambil alih IS pada November 2013. – AFP