54 pelampau terbunuh di selatan Filipina

54 pelampau terbunuh di selatan Filipina

MANILA, Filipina, 30 Mei – Sekurang-kurangnya 54 pelampau dilaporkan maut dibunuh tentera Filipina dalam operasi sejak beberapa hari lalu.

Mereka terdiri daripada anggota pertubuhan pelampau tidak dikenali yang dikatakan pihak berkuasa mempunyai hubungan dengan militan dari Indonesia dan memenggal kepala musuh kerana terpengaruh dengan kumpulan Negara Islam (IS). – AP