54 peserta sertai Kejohanan Badminton BAB

54 peserta sertai Kejohanan Badminton BAB

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Persatuan Bank-Bank Brunei (BAB) telah mengadakan kejohanan badminton tahunan selama empat hari bermula 1 Jun lalu. Seramai 54 peserta ahli BAB bersaing merebut kedudukan teratas dalam enam kategori yang termasuk Regu Lelaki, Perseorangan Lelaki, Regu Campuran, Regu Wanita, Perseorangan Wanita dan Veteran Campuran. Mereka bertanding dalam format ‘round robin’.

Penyampaian hadiah pada 5 Jun lalu telah dihadiri oleh Naib Pengerusi BAB, Awang Ng Moon Kwee dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB bersama Awang Minorhadi Mirhassan dan Pengurusan Kanan BIBD, Hajah Normah.

Antara mereka yang terlibat dalam kejohanan Badminton BAB 2015.
Antara mereka yang terlibat dalam kejohanan Badminton BAB 2015.

ARTIKEL YANG SAMA