54 sertai jualan gerai

54 sertai jualan gerai

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 4 Ogos – Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria selaku Jawatankuasa Gerai Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69, tahun 2015 telah menerima sejumlah 54 permohonan bagi penyertaan jualan di gerai berkenaan yang akan diadakan di kawasan Bangunan Tudong Saji Jalan Setia Diraja, di sini.

Menurut jabatan tersebut, seperti tahun-tahun sebelumnya, gerai jualan perayaan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti Gerai Makan dan Minum, Gerai Jaja (makanan/minuman sudah siap sedia), Gerai Runcit, Gerai Bunga-Bungaan dan Gerai Buah-Buahan.

Gerai perayaan dijangka akan dimulakan selama lebih dua minggu bermula 15 Ogos ini sehingga 31 Ogos, selain beberapa persembahan pentas juga akan diadakan bagi di kawasan berdekatan bagi menambah ceriakan suasana jualan malam itu.

Sehubungan itu jabatan tersebut telah mengadakan acara menentukan petak gerai jualan berlangsung di Dewan Persidangan Kuala Belait, yang telah dihadiri oleh peniaga-peniaga yang telah terpilih menyertai gerai jualan semasa hari perayaan tersebut.

Acara menentukan petak gerai jualan berlangsung di Dewan Persidangan Kuala Belait.
Acara menentukan petak gerai jualan berlangsung di Dewan Persidangan Kuala Belait.

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-69 tahun akan bermula dalam masa kira-kira dua minggu saja lagi.

Sehubungan itu juga, jabatan berkenaan itu juga mengingatkan kepada para peniaga yang akan menjalankan perniagaan di gerai tersebut agar akan dapat menjaga kebersihan persekitaran dan membuang sampah sarap di tempat yang telah disediakan, selain menyediakan makanan yang bersih dan sihat.

ARTIKEL YANG SAMA