55 terbunuh pertempuran di barat Uganda

55 terbunuh pertempuran di barat Uganda

KAMPALA, 28 Nov – Sekurang-kurangnya 55 orang, termasuk 14 pegawai polis, terbunuh pada hari Sabtu dalam pertempuran sengit antara pasukan keselamatan dan militan pemisah yang dikaitkan dengan seorang raja puak di barat Uganda, seorang jurucakap polis berkata, kelmarin.

Jurucakap polis Uganda, Andrew Felix Kaweesi memberitahu Xinhua bahawa 14 anggota polis dan 41 penyerang terbunuh dalam pertempuran antara polis, tentera Uganda dan pejuang puak di kawasan Uganda barat Kasese.

Beliau berkata pejuang puak yang dikaitkan dengan pengawal diraja Rwenzururu, Charles Wesley Mumbere, telah menyerang pasukan keselamatan yang sedang meronda di bandar Kasese.

“Kami kehilangan 14 anggota polis dan dua tentera mengalami kecederaan selepas pasukan militan menyerang tentera kita yang sedang meronda. Mereka melemparkan alat letupan pada mereka,” kata Kaweesi.

“Ini bukan pemberontakan tetapi lebih kepada jenayah kekerasan. Kami percaya serangan ini mempunyai motif politik,” katanya.

Pasukan keselamatan kelmarin telah menyerbu istana Raja Mumbere dan menahan beliau. Raja tersebut telah diterbangkan ke ibu negara Kampala, di mana beliau akan bertemu dengan Presiden Uganda, Yoweri Museveni.

Pihak berkuasa di Kampala menuduh pengawal diraja Mumbere atas menubuhkan tentera dan kem latihan di Rwenzori Mountains bersama tentera militan pemisah bagi menyerang kerajaan. – Xinhua