56 anggota TDDB sertai AARM ke-25

56 anggota TDDB sertai AARM ke-25

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Seramai 56 anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menyertai Kejohanan Menembak Tentera Darat ASEAN (AARM) ke-25 yang berlangsung di Bangkok, Thailand, bermula 7 hingga 28 November.

Upacara pembukaan rasmi kejohanan berkenaan telah diadakan kelmarin di Padang Tembak Taktikal Tentera, Kem Thanarat, Hua Hin, Thailand, yang dihadiri oleh timbalan pemerintah atau timbalan ketua tentera darat dari 10 buah negara ASEAN, dengan Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Timbalan Pemerintah TDDB, Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini, upacara berkenaan menyaksikan perbarisan lalu 10 kontinjen dari negara ASEAN yang menyertai kejohanan berkenaan dan sesi menaikkan bendera Kejohanan AARM.

Selepas ucapan alu-aluan, Timbalan Ketua Tentera Darat Diraja Thailand, Jeneral Walit Rochanapakdee, upacara turut menyaksikan kemahiran seni mempertahankan diri oleh anggota-anggota Tentera Darat Diraja Thailand.

Pasukan TDDB Brunei yang menyertai AARM 2015 di Thailand.
Pasukan TDDB Brunei yang menyertai AARM 2015 di Thailand.

pg09_151118_e

Pasukan yang menyertai AARM Thailand beraksi.
Pasukan yang menyertai AARM Thailand beraksi.

Kemudian, kesemua timbalan ketua tentera darat dijemput untuk mengikuti acara Novelty bagi perlawanan menembak pistol dijarak 25 meter (Novelty Shoot), di samping menanam pokok bagi memperingati acara yang berprestij ini.

Delegasi TDDB yang mengikuti perlawanan pada tahun ini diketuai oleh Leftenan Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, dan mereka ditempatkan di Seapine 2, Pusat Rekreasi dan Rehabilitasi Tentera, Prachuap Khiri Kan.

AARM pada tahun ini telah disertai oleh seramai 310 penembak dari kesemua negara ASEAN dan sebanyak lima kategori menembak dalam 22 perlawanan dipertandingkan, antaranya kategori Pistol Ladies dan Pistol Men, Rifle, Carbine dan General Purpose Machine Gun (GPMG).

ARTIKEL YANG SAMA