56 derma darah di JIPK

56 derma darah di JIPK

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos – Seramai 56 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) serta orang awam tampil menjayakan Kempen Derma Darah sempena Penubuhan JIPK ke-58 Tahun di Tingkat 3, Ibu Pejabat JIPK, baru-baru ini.

Kempen anjuran JIPK dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) itu merupakan acara tahunan jabatan untuk memberikan kesedaran dan menanam sifat prihatin dalam kalangan pegawai dan kakitangan untuk memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dan sama-sama menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Di samping itu, menerusi kempen itu, jabatan berkenaan juga dapat membantu dalam menambah bekalan darah negara melalui Tabung Simpanan Darah, Hospital RIPAS.

Antara mereka yang menderma darah semasa Kempen Derma Darah sempena Penubuhan JIPK ke-58 Tahun.
Antara mereka yang menderma darah semasa Kempen Derma Darah sempena Penubuhan JIPK ke-58 Tahun.

ARTIKEL YANG SAMA