56 pegawai, kakitangan KKBS dirai

56 pegawai, kakitangan KKBS dirai

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Jasa dan sumbangan bakti sepanjang berkhidmat bagi seramai 56 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya yang bersara terus dikenang dan diberikan penghargaan dalam Majlis Penghargaan dan Penyampaian Cenderahati yang berlangsung di Dewan Digadong, Tingkat 1, KKBS, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil serta cenderahati penghargaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Turut hadir ialah Setiausaha-setiausaha Tetap di KKBS, Dato Paduka Dr Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, timbalan setiausaha tetap, pegawai-pegawai kanan dan pegawai serta kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Pada majlis berkenaan, penyampaian cenderahati adalah sebagai penghargaan, kenangan dan bukti atas jasa bakti dalam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, komitmen dan penuh tanggungjawab dalam tempoh perkhidmatan dengan kerajaan khususnya dengan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Atas/Bawah: Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada para pesara yang diraikan pada majlis berkenaan.
Atas/Bawah: Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada para pesara yang diraikan pada majlis berkenaan.

pg08_160721_b

Antara pesara-pesara yang diraikan pada majlis berkenaan.
Antara pesara-pesara yang diraikan pada majlis berkenaan.

Majlis bukan sahaja dihasrat untuk memberikan penghormatan, menghargai dan mengenang jasa bakti serta ihsan para pegawai dan kakitangan kementerian yang diraikan tetapi juga untuk mengeratkan serta mengukuhkan lagi semangat kekeluargaan di antara sesama warga kementerian.

Majlis kemudian menyaksikan, Yang Berhormat Pehin menyempurnakan penyampaian cenderahati kenangan dan sijil penghargaan kepada para pegawai dan kakitangan yang bersara.

Dalam pada itu, majlis turut diselajurkan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi warga KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya di mana majlis bermatlamat sebagai tanda kesyukuran kerana telah berjaya menjalankan ibadah puasa selama sebulan serta dapat bertemu mesra mengeratkan tali silaturahim dan bermaaf-maafan antara satu sama yang lain.

Majlis juga diharap dapat mengukuhkan lagi semangat kerja setia kawan sesama warga kementerian sempena bulan Syawal dan untuk sama-sama menikmati pelbagai juadah yang disediakan oleh bahagian-bahagian dan jabatan-jabatan di bawah kementerian berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA