56 pelanggan ...

56 pelanggan Red Bull terima hadiah cabutan bertuah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Seramai 56 orang pembeli minuman tenaga Red Bull yang dipilih melalui cabutan mingguan ke-7 dan ke-8 Pertandingan Teka dan Menang Red Bull menerima hadiah masing-masing, hari ini.

Enam pemenang memenangi hadiah baucar membeli-belah Jaya Hypermart bernilai $50, enam lagi menerima baucar Secret Recipe bernilai $30, 24 menerima tiket menonton wayang untuk dua orang bernilai $16 dan 20 pemenang lain memenangi 12 tin minuman Red Bull Less Sugar.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar Jaya Hypermart, Paul Thomas, Pengurus Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Valentine Hon dan Pengurus Jualan dan Pemasaran Kingston, Kevin Robin.

Pertandingan yang bermula 1 November 2016 hingga 15 Januari 2017 itu bakal menyaksikan cabutan akhir akan diadakan semasa Pesta Pengguna pada 19 Januari di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 Gambar ramai para pemenang cabutan mingguan ke-7 dan ke-8 Teka dan Menang Red Bull.
Gambar ramai para pemenang cabutan mingguan ke-7 dan ke-8 Teka dan Menang Red Bull.
Salah seorang pemenang baucar Secret Recipe menerima hadiah  yang disampaikan oleh Paul Thomas.
Salah seorang pemenang baucar Secret Recipe menerima hadiah yang disampaikan oleh Paul Thomas.

Dua orang pemenang utama akan membawa pulang tiket penerbangan bernilai $2,000 setiap satu; tiket penerbangan bernilai $1,600 setiap satu untuk tiga pemenang pertama manakala itu, tiga pemenang kedua akan menerima tiket penerbangan bernilai $1,000 setiap satu.

Sementara itu, 18 orang pemenang lain akan menerima baucar membeli-belah bernilai $200.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Januari yang mana peserta hanya perlu membeli mana-mana minuman tenaga Red Bull dan sertakan pembuka tin (pull ring) pada borang penyertaan dan masukkan dalam peti yang diletakkan di pasar raya dan kedai runcit di negara ini.