57 ahli undang-undang didakwa

57 ahli undang-undang didakwa

ISTANBUL, 12 Jun (AFP) – Kementerian Keadilan Turki telah menghantar berbelas-belas kes yang melibatkan 57 ahli undangan kepada pendakwa raya selepas presiden menarik balik kekebalan undang-undang mereka, menurutnya Jumaat lalu.

Menteri Keadilan Bekir Bozdag berkata 152 orang ahli parlimen dalam dewan perhimpunan 550 kerusi mungkin akhirnya berdepan pendakwaan bagi kesalahan jenayah.

152 ahli undangan berdepan 799 dakwaan bagi kesalahan dari menghina presiden hinggalah rasuah dan membantu pengganasan.

Perubahan itu telah dikritik oleh para pegawai di Kesatuan Eropah (EU) dan Jerman dan diselar oleh ahli undangan pembangkang Turki. Minggu lalu mahkamah tinggi Turki menolak rayuan oleh seorang ahli undangan pembangkang untuk membantah perundangan itu.

Erdogan berulang kali menggesa bagi perbicaraan para ahli undangan pro Kurdis atas tuduhan berkaitan pengganasan, secara terbuka menuduh me-reka membekalkan senjata kepada Parti Pekerja Kurdistan atau PKK yang diharamkan.

Kerajaan Turki terlibat dalam konflik baru dengan para pejuang Kurdis sejak musim panas lalu apabila gencatan senjata dua tahun setengah dengan PKK menemui kegagalan. Para pemberontak Kurdis telah menggali parit, memasang perintang dan bahan letupan untuk menjauhkan pihak berkuasa dari kawasan yang mereka inginkan ada autonomi.

Kebanyakan ahli undangan yang berisiko didakwa adalah dari parti pro Kurdis, iaitu Parti Demokratik Rakyat, HDP atau parti pembangkang, Parti Rakyat Republikan. Kira-kira 29 orang ahli undangan dari parti memerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan, 10 dari parti Pergerakan Nasionalis dan seorang ahli bebas juga mungkin berdepan dakwaan.

ARTIKEL YANG SAMA