57 maut serangan udara di Syria

57 maut serangan udara di Syria

BEIRUT, 10 Jan (Reuters) – Angka korban serangan udara di bandar dikuasai pemisah di Syria meningkat kepada 57 ketika wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melawat Damsyik untuk meninjau persiapan rundingan damai yang dirancang bulan ini.

Persetujuan juga sudah dicapai supaya bantuan disampaikan esok oleh tentera prokerajaan ke bandar dikuasai pembangkang berikutan laporan penduduk menderita kebuluran.

Bantuan akan dihantar serentak ke dua kampung yang dikepung pemisah. Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, sekurang-kurangnya 57 maut dalam serangan udara oleh jet Russia yang turut memusnahkan mahkamah dan penjara di bandar Maarat al-Numan di Idlib.

Mahkamah berkenaan dikendalikan Nusra Front yang ada kaitan dengan al-Qaeda. Antara yang terkorban ialah 23 anggota Nusra Front, tiga wanita dan sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak.

Para penduduk membawa dan mengusung seorang wanita yang cedera di sebuah tempat yang dilanda serangan udara yang dilakukan oleh tentera udara Rusia di kawasan yang dikuasai pemberontak di bandar Maaret al-Numan di wilayah Idlib, Syria. - Reuters
Para penduduk membawa dan mengusung seorang wanita yang cedera di sebuah tempat yang dilanda serangan udara yang dilakukan oleh tentera udara Rusia di kawasan yang dikuasai pemberontak di bandar Maaret al-Numan di wilayah Idlib, Syria. – Reuters