575 kejadian kebakaran dilaporkan

575 kejadian kebakaran dilaporkan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Sebanyak 575 kejadian kebakaran hutan dan rumput telah dilaporkan di keempat-empat daerah sejak Januari hingga Mac ini ketika negara mengalami cuaca panas akibat fenomena El Nino.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika dihubungi, sebanyak 171 kebakaran hutan dan 67 kebakaran rumput dicatatkan di Daerah Brunei dan Muara dengan Februari mencatat jumlah tertinggi, sebanyak 123 kebakaran hutan dan 48 kebakaran rumput.

Di Daerah Belait pula, sebanyak 199 kejadian kebakaran hutan dan rumput dilaporkan dari Januari hingga Mac, manakala, Daerah Tutong mencatat 133 kejadian kebakaran dan lima kebakaran dilaporkan di Daerah Temburong.

Akibat fenomena El Nino ini, Negara Brunei Darussalam mengalami turunan hujan yang sangat berkurangan terutamanya pada bulan Mac. Klimatologi Mac dikenali sebagai bulan yang mempunyai jumlah turunan hujan paling rendah bagi Brunei Darussalam di samping Februari berbanding bulan-bulan lain.

ARTIKEL YANG SAMA