59 buru gelaran Ironman Langkawi

59 buru gelaran Ironman Langkawi

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) – Juara triatlon wanita dunia, Diana Riesler dari Jerman adalah antara peserta handalan yang mengesahkan penyertaan di perlumbaan lasak Ironman Malaysia Langkawi pada 14 Nov ini.

Turut mengambil bahagian adalah naib juara dunia kategori lelaki 2014, Fredrik Croneborg dari Sweden dan mereka adalah antara 59 atlet profesional yang akan bersaing merebut gelaran itu.

Penganjur, Ironman Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata selain dua atlet itu, peserta terkemuka lain yang turut serta adalah juara dunia enam kali, Natascha Badmann dari Switzerland, Sarah Crowley (Australia) dan Keiko Tanaka (Jepun) yang muncul naib juara kategori wanita tahun lepas.

Peserta Perancis, Romain Guillaume yang menjuarai Ironman Lanzarote 2014 di Sepanyol akan mengetuai cabaran dalam kategori lelaki.

Perlumbaan ini membabitkan disiplin renang sejauh 3.6km, berbasikal 180.25km dan larian 42.2km.

Riesler, 31, yang kembali ke Langkawi selepas menduduki tangga kelima pada edisi tahun lepas, berharap dapat memperbaiki kedudukannya tahun ini.

“Sebaik melepasi garisan penamat tahun lepas, saya sedar ia bukan perlumbaan terakhir saya di situ dan mahu beraksi lagi di Ironman Langkawi,” katanya.

“Ironman Malaysia adalah antara yang paling menarik dan pada masa sama, antara yang paling sukar. Ia terkenal dengan cuacanya yang panas. Anda bertarung menentang gelanggang, bukan dengan perlumbaan.

ARTIKEL YANG SAMA