593 terima anak kunci rumah

593 terima anak kunci rumah

Oleh Normazlina M.D

Gambar oleh Infofoto

 

TUTONG, 15 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kelmarin berkenan berangkat menyempunakan penganugerahan anak-anak kunci rumah kepada 593 orang penerima di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang Daerah Tutong yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Tanjong Maya, Tutong.

Keberangkatan tiba KDYMM di helipad berhampiran Dewan Sekolah Menengah Tanjong Maya dijunjung oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah; Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong dan Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adanan bin Haji Adam.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan dipimpin oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Tutong, Pengiran Haji Shahril Azman bin Pengiran Haji Metusin, diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

Haji Adanan dalam sembah alu-aluanya berkata bahawa penganugerahan anak-anak kunci rumah ini jelas menggambarkan sifat pemedulian dan keprihatinan Baginda Sultan terhadap kesejahteraan rakyat dan penduduknya serta dapat memupuk lagi perpaduan masyarakat di daerah ini.

Baginda Sultan berkenan menganugerahkan anak kunci rumah kepada salah seorang penerima.
Baginda Sultan berkenan menganugerahkan anak kunci rumah kepada salah seorang penerima.

pg12_160516_b

Baginda Sultan berkenan bercemar duli ke rumah Awang Amiezul.
Baginda Sultan berkenan bercemar duli ke rumah Awang Amiezul.
Baginda Sultan berkenan bergambar ramai bersama keluarga Haji Andy.
Baginda Sultan berkenan bergambar ramai bersama keluarga Haji Andy.
Baginda Sultan berkenan berangkat ke rumah Awang Mohd Fadhlie.
Baginda Sultan berkenan berangkat ke rumah Awang Mohd Fadhlie.
Baginda Sultan berkenan bercemar duli ke rumah salah seorang penerima kunci.
Baginda Sultan berkenan bercemar duli ke rumah salah seorang penerima kunci.

Haji Adanan seterusnya menyembahkan ucapan bahawa melalui kebijaksanaan Baginda, Daerah Tutong juga turut sama menikmati pembangunan berterusan melalui peningkatan prasarana awam di peringkat mukim dan kampung termasuk penyediaan rumah-rumah di bawah Skim Rancangan Perumahan Negara yang mempunyai reka bentuk yang kondusif, terkini dan selamat dengan disediakan kemudahan-kemudahan yang bersesuaian seperti dewan kemasyarakatan, tempat riadah dan permainan kanak-kanak dan lain-lain.

Beliau dalam sembah ucapannya itu menyeru dan meminta agar rakyat dan penduduk di Daerah Tutong secara amnya dan para penerima anak kunci rumah akan sentiasa memelihara dan menjaga alam sekitar serta kebersihan agar Negara Brunei Darussalam akan sentiasa dalam keadaan bersih, indah dan cantik.

Sebelum mengakhiri ucapan, Pemangku Pegawai Daerah Tutong bagi mewakili para penerima anugerah merafakkan sembah menjunjung kasih yang setinggi-tingginya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia di atas nikmat serta limpah kurnia anugerah Baginda Sultan yang setentunya menjadi ristaan dan kenangan abadi yang berkekalan kepada para penerima di majlis itu.

Daripada jumlah tersebut, seramai 160 orang menerima rumah jenis kembar dan 433 orang pula menerima rumah jenis teres.

ARTIKEL YANG SAMA