6 anggota ABDB sertai eksesais di India, 2-8 Mac

6 anggota ABDB sertai eksesais di India, 2-8 Mac

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Feb – Enam orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang terdiri daripada seorang pegawai dan lima orang anggota lain-lain peringkat buat pertama kalinya akan ikut serta dalam Eksesais Latihan Lapangan Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM Plus) mengenai Tindakan Periuk Api Kemanusiaan Bersama (HMA) dan Operasi Pengaman (PKP) di Pune, Republik India bermula 2 hingga 8 Mac depan.

Sehubungan itu, Upacara Penyerahan Bendera telah berlangsung di Blok Menara, Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, petang tadi.

Bendera Negara Brunei Darussalam telah diserahkan oleh Ketua Staf, Angkatan Bersama ABDB, Kapten Mohammad Yusuf bin Masron, kepada wakil eksesais, Kapten Pengiran Abdul Rahim bin Pengiran Haji Yakup.

Enam anggota ABDB yang akan menyertai Eksesais Latihan Lapangan ADMM-Plus di Pune, India pada 2-8 Mac.
Enam anggota ABDB yang akan menyertai Eksesais Latihan Lapangan ADMM-Plus di Pune, India pada 2-8 Mac.

Penyerahan bendera ini adalah bagi mencerminkan penyertaan Negara Brunei Darussalam dalam eksesais itu yang mana bendera ini akan dikibarkan bersama bendera negara-negara ADMM-Plus yang lain. Turut hadir pada majlis itu ialah para pegawai kanan, pegawai dan anggota lain-lain peringkat tentera dari Markas Angkatan Bersama dan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Eksesais latihan berkenaan merupakan satu platform untuk berkongsi pengalaman dalam aktiviti penghapusan periuk api dan pada masa yang sama meningkatkan kerjasama praktikal dalam kalangan kumpulan kerja ADMM-Plus.

ARTIKEL YANG SAMA