6 dalam jet tentera Jepun hilang

6 dalam jet tentera Jepun hilang

TOKYO, 6 April – Sebuah pesawat pasukan udara Jepun bersama enam orang di dalamnya telah hilang hari ini, umum kementerian pertahanan, dan pencarian sedang dilaksanakan di kawasan pergunungan.

Pesawat udara U-125 meninggalkan pangkalan di wilayah Kagoshima di pulau Kyushu, barat daya Jepun pada awal petang, kata Yoshiyuki Sugiyama, ketua Pasukan Pertahanan Udara.

Jet kecil itu ‘hilang daripada radar,” kata Sugiyama memberitahu taklimat media.

Penyiaran awam NHK menunjukkan siaran daripada helikopter sedang mencari pesawat udara itu di kawasan pergunungan berhutan tebal, sementara kenderaan tentera dan pasukan kecemasan menuju ke tempat kejadian. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA