6 disahkan terkorban insiden feri terbalik

6 disahkan terkorban insiden feri terbalik

YANGON, Myanmar, 2 Nov (Agensi) – Sekurang-kurangnya enam orang telah terkorban dan enam yang lain hilang dalam satu kejadian feri terbalik di Sungai Chindwin di Myanmar hujung minggu lepas, pihak berkuasa mengesahkan hari ini.

Dengan 65 penumpang, feri persendirian YazarTun terbalik berdekatan pusaran air di sungai tersebut di Kalewa kelmarin kira-kira jam 5:50 pagi (waktu setempat) yang dalam perjalanan dari Monywa ke Homalin, rantau Sagaing.

Sejumlah 53 orang telah diselamatkan, menurut pihak berkuasa.

Operasi mencari dan menyelamat ketika ini sedang dijalankan terhadap mangsa-mangsa hilang, pihak berkuasa itu menambah.

ARTIKEL YANG SAMA