6 ditangkap, bantah peraturan NGO

6 ditangkap, bantah peraturan NGO

PHNOM PENH, 26 Julai (AFP) – Pihak berkuasa Kemboja menahan enam penunjuk perasaan hari ini ketika mereka membantah ke atas kelulusan undang-undang kontroversi yang mengawal pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kata pegawai dan kumpulan hak.

Keenam-enam penunjuk perasaan – lima lelaki dan seorang wanita – adalah antara berpuluh orang yang menunjuk perasaan di luar bangunan parlimen di ibu negara Phnom Penh.

Pengkritik berkata undang-undang akan menghalang keupayaan NGO untuk beroperasi di negara miskin itu.

Mereka yang ditahan memakai pakaian seragam penjara dan merantai kaki mereka, kata jurugambar AFP. Penahanan mereka diadakan ketika polis rusuhan menghalau penunjuk perasaan lain dari bangunan parlimen.

“Keenam-enam orang ditahan ketika rapat untuk meluahkan pendapat mereka yang menentang undang-undang,” beritahu Am Sam Ath, kumpulan hak tempatan Licadho, kepada AFP. “Mereka sedang disoal” di sebuah balai polis tempatan, tambah beliau.