6 Julai sebutan semula kes ugut isteri

6 Julai sebutan semula kes ugut isteri

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Mahkamah Majistret, hari ini, menangguhkan sebutan bagi seorang lelaki tempatan yang berdepan dengan pertuduhan melakukan kekerasan dan ugutan jenayah ke atas isterinya, dan menetapkan 6 Julai untuk sebutan semula.

Penangguhan itu dibuat oleh Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli untuk memberi peluang kepada isteri tertuduh hadir ke mahkamah dan bertanyakan sama ada dia ingin meneruskan pendakwaan atau tidak.

Mohammad Nor Rosadi bin Mohammad Adi, 28, didakwa menampar dan menumbuk muka isterinya, menendang dan memukul badan isterinya menggunakan pemutar skru di kediaman mereka di Kampung Sungai Buloh pada 6 Jun 2015.

Tertuduh turut mengancam dengan menghunuskan parang kepada isterinya dan merosakkan perabot dalam beberapa kejadian.

Tertuduh juga berdepan dengan pertuduhan menumbuk kepala dan memulas lengan isterinya pada pagi 2 April 2015 di kawasan komersial Kiulap selain menghadapi pertuduhan menyebabkan kecederaan pada muka isterinya di rumah mereka di Kampung Katok pada 24 April 2015.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Awang Shamshuddin bin Haji Kamaluddin.

ARTIKEL YANG SAMA