6 keluarga terima sumbangan BMC

6 keluarga terima sumbangan BMC

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 5 Julai Bersempena bulan Ramadan dan juga menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri, Syarikat Methanol Sdn Bhd (BMC) telah menganjurkan aktiviti penyampaian sumbangan kepada kalangan
keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan Kampung Bukit Sawat Labi, di sini.

Seramai 20 orang sukarelawan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan syarikat berkenaan, menyertai aktivi-ti tersebut dengan diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Awang Daud bin Haji Jais yang kemudiannya menyerahkan sumbangan kepada enam buah keluarga di kampung tersebut yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) Daerah Belait.

Sumbangan berbentuk keperluan asasi dan keaperluan rumah itu adalah untuk memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri para penerima, yang mana ia merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat tersebut, dan dilaksanakan sebagai aktiviti tahunan, dengan hasrat untuk mengeratkan lagi silaturahim antara kakitangan syarikat dan masyarakat setempat.

Sumbangan kepada keluarga memerlukan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BMC.
Sumbangan kepada keluarga memerlukan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BMC.

ARTIKEL YANG SAMA