6 kes pecah rumah, curi selesai

SANDAKAN, 9 Nov – Polis Sandakan menyelesaikan enam kes pecah rumah dan curi dengan tertangkapnya seorang lelaki berusia 24 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tinusa 1, Jalan Army Camp dekat sini Isnin lepas.

Ketua Polis Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata enam kes pecah rumah tersebut dilaporkan di Kampung Tinusa 1, Pusat Latihan Khidmat Negara Bagai Budi dan rumah seorang kenamaan.

Ketika serbuan pada 9.30 malam itu, pihaknya merampas 35 barangan curi yang ditemukan di rumah lelakiitu dan yang telah dijual kepada tiga penduduk di kampung tersebut yang turut ditahan, kerana memiliki barangan tersebut.

Nilai barangan yang dirampas adalah RM12,000 manakala nilai kerugian dari enam kes itu berjumlahRM12,700, katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Lelaki itu yang tidak mempunyai rekod jenayah juga didapati positif syabu.

ACP Mohd Azhar Mohd Hamin (dua, kanan) dan Timbalannya Supt Abdul Fuad Abdul Malek (kanan) pada sidang media di Balai Polis Sandakan hari ini. Enam kes pecah rumah dan curi dengan tertangkapnya seorang lelaki semasa serbuan di Kampung Tinusa 1. – Bernama

Azhar berkata polis sedang mengesan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kes itu yang dikenalisebagai Mohd Sarudin Zainal Abidin, 22, yang juga penduduk tersebut.

Mohd Sarudin pernah ditahan atas kes dadah dan tidak hadir ke Mahkamah Sandakan ketika kes dibicarakan pada bulan lepas, katanya. – Bernama