6 kes zika di S’pura babitkan rakyat M’sia

6 kes zika di S’pura babitkan rakyat M’sia

SINGAPURA, 1 Sept – Separuh daripada kes jangkitan Zika di Singapura melibatkan warga asing yang menetap atau bekerja di negara ini dengan enam daripadanya rakyat Malaysia, menurut laporan TODAYonline.com hari ini.

Memetik jurucakap Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, portal berita itu melaporkan daripada 115 kes, 57 ialah warga asing.

Kumpulan terbesar ialah 23 orang warga China, diikuti 15 warga India dan 10 warga Bangladesh. Sebanyak enam kes membabitkan rakyat Malaysia dan satu kes masing-masing membabitkan rakyat Indonesia, Myanmar dan Taiwan.

“Semuanya mengalami demam. Kebanyakannya sudah sembuh manakala bakinya sedang beransur pulih dengan baik,” menurut jurucakap MOH. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA