6 maut dalam kemalangan bas dan treler

6 maut dalam kemalangan bas dan treler

BANGKOK, 17 Feb – Satu kemalangan antara sebuah bas persiaran dan treler yang membawa muatan gula di daerah Khlong Khung awal pagi kelmarin, menyebabkan enam orang terbunuh dan 25 yang lain cedera.

Khlong Khung, Jurucakap balai polis Maj Yuthana Puk Sook berkata, kemalangan itu berlaku sekitar 02:15 pagi (waktu tempatan) di bahagian jalan raya Phahon Yothin, yang mana berada di bawah penyelenggaraan, lapor media tempatan.

“Kedua-dua pemandu meninggal dunia di dalam kenderaan mereka, manakala tiga penumpang bas yang lain dan seorang yang berada dalam treler itu juga terbunuh. 25 penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital di daerah itu,” katanya kepada media tempatan kelmarin.

Beliau berkata siasatan awal polis menunjukkan bahawa bas itu cuba memotong sebuah kenderaan lain apabila ia terhempas bertembung dengan treler 18 roda yang membawa muatan gula.

Menurut Yuthana, bas pelancongan itu sedang dalam perjalanan ke Mae Sot dari Trat dengan membawa 48 orang penumpang. – Bernama