6 maut dalam serangan bangunan polis Somali

6 maut dalam serangan bangunan polis Somali

MOGADISHU, 31 Julai – Enam orang terbunuh hari ini dalam serangan senjata dan bom kereta di sebuah bangunan polis di tengah bandar Somali yang juga mengakibatkan tujuh penyerangnya mati, kata Menteri Keselamatan, Abdirasak Omar Mohamed.

Beberapa penyerang telah merempuh dua kereta ke bangunan itu di tengah Mogadishu dan yang lain cuba untuk menyerbunya, ujarnya kepada para wartawan.

“Semua ketujuh-tujuh lelaki bersenjata telah dibunuh, beberapa daripadanya ditembak oleh pasukan keselamatan dan yang lain meletupkan diri mereka sendiri,” katanya.

“Lima orang awam dan seorang anggota polis terbunuh di jalan, menjadikan jumlah mereka yang terkorban kepada 13 orang,” tambahnya.

Sebelumnya, pegawai keselamatan Ibrahim Mohamed memberitahu AFP bahawa ‘elemen pengganas’ telah merempuh dua kenderaan berisi bahan letupan ke ibu pejabat jabatan siasatan jenayah polis.

Imej yang diambil dari video yang disalurkan oleh Mondelez International menunjukkan Luke Aikins dalam jaring selepas berjaya melakukan terjunan tanpa payung terjun di Lembah Simi, California, pada 30 Julai. – AP
Imej yang diambil dari video yang disalurkan oleh Mondelez International menunjukkan Luke Aikins dalam jaring selepas berjaya melakukan terjunan tanpa payung terjun di Lembah Simi, California, pada 30 Julai. – AP

Seorang koresponden AFP mendengar tembakan senjata selepas letupan itu, yang berlaku berhampiran persimpangan sibuk di bandar tersebut.

“Salah sebuah kereta itu melanggar sudut bangunan dan kereta lain melanggar berhampiran pagar. Terdapat asap dan habuk dan segala-galanya dalam keadaan berselerak,” kata saksi Abukar Osman.

Belum ada yang mendakwa bertanggungjawab.

Letupan itu berlaku hanya beberapa hari selepas kira-kira 13 orang terbunuh dalam pengeboman kembar berhampiran lapangan terbang Mogadishu dan bangunan-bangunan PBB dan Kesatuan Afrika. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA