6 maut kemalangan bas sekolah di Chattanooga

6 maut kemalangan bas sekolah di Chattanooga

CHATTANOOGA, Tennessee, 22 Nov – Pelajar-pelajar yang cedera dan berlumuran darah diletakkan di atas pengusung, manakala kanak-kanak yang terkejut dengan kejadian itu dibawa pulang bersama dengan ibu bapa mereka selepas kemalangan bas sekolah rendah yang mengorbankan enam jiwa kelmarin di Chattanooga.

Bas itu membawa 35 kanak-kanak dari Woodmore Elementary, pelajar-pelajar tadika gred kelima, apabila ia terhempas kira-kira 3:30 petang, terbalik ke sisi jalan dan merempuh sebatang pokok.

Fletcher berkata polis sedang menyoal siasat pemandu bas untuk mengetahui apa yang berlaku dan memberitahu pemberita bahawa penyiasat mendakwa bas tersebut sedang bergerak pada kelajuan yang “sangat, sangat laju”. Bas itu adalah satu-satunya kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan menulis dalam tweeternya bahawa satu pasukan akan menuju ke Chattanooga pada pagi hari ini untuk siasatan.

Dua puluh tiga pelajar telah dibawa ke hospital, Fletcher berkata, tetapi dia tidak mempunyai maklumat mengenai tahap kecederaan mereka. Media melaporkan ia mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan kanak-kanak yang terakhir dari bas tersebut.

Gambar yang disediakan oleh Jabatan Bomba Chattanooga melalui Chattanooga Times Free Press menunjukkan anggota bomba Chattanooga berada di tempat kejadian kelmarin. – AP
Gambar yang disediakan oleh Jabatan Bomba Chattanooga melalui Chattanooga Times Free Press menunjukkan anggota bomba Chattanooga berada di tempat kejadian kelmarin. – AP

Stesen televisyen melaporkan bahawa orang ramai berbaris untuk menderma darah dan beberapa penderma telah diminta untuk membuat janji temu pada hari ini.

Kirk Kelly, penguasa interim bagi sekolah Hamilton County, berkata kelas-kelas akan diadakan hari ini dengan kedatangan kaunselor untuk pelajar dan kakitangan.

Peguam Daerah dari Hamilton County, Neal Pinkston memberitahu media bahawa lima orang maut di tempat kejadian dan seorang meninggal dunia di hospital. Melydia Clewell, jurucakap peguam daerah, mengesahkan jumlah kematian tersebut.

Penolong Ketua Polis Chattanooga, Tracy Arnold berkata kenyataan rasmi tidak akan memberitahu biodata pelajar yang meninggal dunia, atau umur mereka, sehingga ibu bapa telah dimaklumkan.

Gabenor Bill Haslam mengatakan kemalangan itu suatu “peristiwa tragis” dan ianya memerlukan bantuan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA