6 maut kemalangan jalan raya di Turki

 6 maut kemalangan jalan raya di Turki

ANKARA, 5 Jun – Seramai enam orang terbunuh, termasuk tiga kanak-kanak, dan empat yang lain cedera dalam kemalangan kereta di tenggara Turki pada pagi ini, Dogan News Agency melaporkan.

Pemandu van itu telah hilang kawalan dan terhempas di lebuh raya antara wilayah Turki tenggara Diyarbakir dan Sanliurfa pada kira-kira 05:00 waktu tempatan (GMT0800).

Siasatan mengenainya masih dilancarkan. – Xinhua