6 maut kemalangan terbaru kereta api di India

6 maut kemalangan terbaru kereta api di India

NEW DELHI, 7 Ogos (AFP) – Sebuah kereta api menghimpit sehingga mati enam orang, termasuk tiga orang kanak-kanak, di timur India semalam dalam kemalangan kedua pada minggu ini yang melanda rangkaian perkhidmatan kereta api yang usang di negara, kata pegawai polis.

Kereta api mengelek pejalan kaki ketika mereka sedang menyeberangi landasan di sebuah kampung di Bengal Barat, kira-kira 350 kilometer dari utara ibu negeri Kolkata.

“Enam orang dilenyek di bawah roda kereta api ekspres apabila mereka sedang menyeberangi landasan pada kira-kira pukul 7:00 pagi,” beritahu superintenden Prasun Bandopadhyay kepada AFP dari bandar berhampiran Malda.

Kemalangan berlaku tatkala anggota menyelamat masih mencari mayat penumpang di tengah negeri Madhya Pradesh selepas dua kereta api tergelincir dalam banjir kilat sejurus sebelum tengah malam pada Selasa.

ARTIKEL YANG SAMA