6 maut nahas pesawat ringan di Macedonia

6 maut nahas pesawat ringan di Macedonia

SKOPJE, 7 Sept – Empat warga Itali dan dua rakyat Kosovo terkorban dalam nahas pesawat ringan di ibu negara Macedonia kelmarin, kata pegawai.

Kesemua mangsa berada dalam pesawat enjin berkembar buatan Jerman yang didaftar sebagai Piper Seneca terhempas dekat perkampungan Kojle, kira-kira 20 kilometer dari Skopje, kata Ketua Biro Keselamatan Awam, Mitko Chavkov kepada wartawan. – AFP