6 maut tangki kumbahan meletup

6 maut tangki kumbahan meletup

SEOUL, 3 Julai (AFP) – Enam pekerja Korea Selatan terbunuh hari ini apabila tangki penyimpanan air kumbahan meletup di sebuah loji kimia di Bandar industri Ulsan, menurut pegawai bomba.

Letupan itu berlaku apabila para pekerja sedang melakukan kerja kimpalan ke atas tangki itu di loji Syarikat Hanwha Chemical, yang menghasilkan polivinil klorida, kata jurucakap stesen bomba Ulsan kepada AFP.

“Gas dari air kumbahan yang berkumpul di dalam tangki berkenaan yang jelasnya dicetuskan oleh sumpitan kimpalan,” ujarnya.

Siasatan masih dijalankan untuk memastikan sama ada letupan itu adalah berpunca akibat kecuaian berkenaan.

Empat pekerja pada awalnya ditemui mati di tempat kejadian dan para penyelamat kemudian mendapati dua mayat lagi semasa menyelongkar di sebalik campuran sampah dan air kumbahan bertoksik.

Suasana di kawasan di loji Syarikat Hanwha Chemical tempat berlakunya letupan.
Suasana di kawasan di loji Syarikat Hanwha Chemical tempat berlakunya letupan.